PROFIL SEKOLAH





SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Proton City terletak kira-kira 5 km dari Pekan Tanjung Malim. Sekolah ini terletak bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Proton City. Sekolah ini telah siap dibina pada bulan Oktober 2007 dan memulakan operasinya pada Januari 2008. Pembinaannya telah dibuat di sebidang tanah bersebelahan kawasan perumahan pendudukan Proton City. Pembinaan bangunan ini menelan belanja sebanyak RM800.567.57. Pada peringkat awal sekolah ini membunyai 3 buah bangunan dengan pecahan 11 buah kelas, 2 makmal sains, 2 bengkel, 1 perpustakaan dan 2 bilik ERT.

Pengetua sekolah yang pertama iaitu En. Mohd Fathur Rahman bin Khari dengan dibantu oleh 8 orang guru bagi mengendalikan 128 orang murid. Sehingga pada tahun ini, banyak perubahan telah berlaku dengan penambahan 27 orang guru serfa 403 orang murid yang memenuhi 14 buah kelas. Pada tahun yang sama juga sebuah bangunan dengan 4 buah bilik darjah siap dibina untuk menampung jumlah murid yang semakin ramai.

Pada tahun 2010 merupakan permulaan peperiksaan PMR bagi sekolah ini. Hasil usaha dan komitmen guru-guru serta kakitangan sekolah, maka sekolah ini buat pertama kali telah menduduki tempat kedua dalam peperiksaan PMR dalam daerah Hilir Perak. Kejayaan ini sedikit sebanyak menyuntik semangat Pengetua dan semua guru-guru untuk meningkatkan usaha dan pencapaian para pelajar dalam bidang kurikulum ini.

Tuan Pengetua telah merancang pelbagai idea untuk melengkapkan lagi kemudahan sekolah yang belum sempurna agar setaraf dengan sekolah-sekolah yang lain. Mudah-mudahan segala usaha dan perancangan beliau ketika berkhidmat di sini akan dapat dicapai demi kecemerlangan sekolah. Semoga SMKPC akan terus bersinar gemilang. InsyaAllah.

 OBJEKTIF
  • Melahirkan masyarakat yang cinta Negara, taat setia , bersatu padu, berdisiplin, bekerja kuat, sanggup menerima cabaran, bertanggungjawab, berkebolehan memimpin , bermoral dan berakhlak mulia.
  • Menanamkan perasaan sayangkan sekolah , guru, tempat tinggal, keluarga dan Negara.
  • Memastikan warga sekolah mematuhi segala peraturan yang dikehendaki dalam Rukun Negara.
  • Menanamkan semangat ingin berdikari, berpengetahuan, punya jati diri dan tidak bergantung kepada orang lain.
  • Memimpin para pelajar agar bersedia menjalani kehidupan alaf baru yang penuh cabaran.
  • Memastikan sekolah sebagai tempat paling selamat untuk menuntut ilmu .
  • Menanamkan budaya ICT dalam semua bidang.
VISI  SEKOLAH

Menjadikan SMKPC komuniti berilmu yang bertaraf dunia menjelang tahun 2012.

MISI SEKOLAH

Kami warga SMKPC akan bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan berteraskan ilmu pengetahuan untuk melahirkan kecemerlangan yang bertaraf dunia dalam bidang:
  • Pengurusan dan kepemimpinan yang cekap , berkesan, telus dan tulus.
  •  Akademik yang berasaskan pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang terbilang.
  • Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan.
  • Sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif.
  • Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional.
  •  Komuniti bermuafakat menjurus kepada kecemerlangan yang mapan.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah yang lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawap dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

FALSAFAH SEKOLAH

Mendukung prinsip Rukun Negara untuk melahirkan warganegara yang berilmu, berakhlak, bertanggungjawab dan taat setia kepada sekolah , agama, bangsa dan negara.

MATLAMAT SEKOLAH 


Meraih Kecemerlangan Dalam Bidang:
  • Kurikulum
  • Kokurikulum
  • Sahsiah
  • Pengurusan dan Kepemimpinan